Search This Blog

Thursday, 8 December 2011

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN


Matapelajaran              :  Matematik

Kelas                           :  Tahun 1 Bestari

Tarikh                          :  23 Oktober 2011

Masa                            :  7.30 – 8.30 pagi

Bilangan murid           :  39 orang

Topik                           :  9. Ruang
                                            9.1 Mengenal pasti bentuk tiga dimensi (3D)

Objektif pembelajaran : Menamakan bentuk kuboid, kubus, kon, piramid tapak segiempat sama, silinder
                                       dan sfera.

Hasil Pembelajaran      :  Di akhir pelajaran ini, murid dapat :
i)        Menama bentuk-bentuk 3D.
ii)      Memadan gambar objek sebenar dengan bentuk 3D.



Fasa


Isi Kandungan

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran


Catatan

Set Induksi
(5 minit)

Mengecam bentuk-bentuk objek berdasarkan gambar.

1.   Guru memaparkan gambar di tepi pantai.
2.   Murid meneliti gambar dan memerhatikan bentuk-bentuk objek yang terdapat dalam gambar.
3.   Guru menjelaskan bentuk-bentuk yang boleh dilihat dalam gambar dan mengaitkan dengan topik yang akan dipelajari iaitu bentuk tiga dimensi (3D).


Strategi / Teknik :
Soal jawab, penerangan

BBM :
Gambar suasana di tepi pantai

Langkah 1
(10 minit)

Memperkenalkan definisi bentuk tiga dimensi (3D)

1.   Guru menunjukkan beberapa bentuk 3D.
2.   Guru memperkenalkan maksud ’3D’ iaitu ’tiga dimensi’ dan menjelaskan definisi bentuk tiga matra berpandukan bentuk-bentuk yang berkaitan.


Strategi / Teknik :
Penerangan

BBM :
Bentuk-bentuk 3D


Langkah 2
(15 minit)

Memperkenalkan nama-nama bentuk 3D

1.   Guru menunjukkan beberapa bentuk 3D yang terdiri daripada bentuk kubus, kuboid, piramid, sfera, silinder dan kon.
2.   Guru memperkenalkan nama-nama setiap bentuk tersebut dengan ejaan yang betul.
3.   Guru menyebut setiap nama bentuk satu per satu dan murid diminta mengulang sebut nama bentuk itu.  
4.   Guru menunjukkan beberapa objek sebenar yang mempunyai bentuk-bentuk 3D.
5.   Murid akan mengecam objek tersebut dan menamakannya.


Strategi / Teknik :
Penerangan, inkuiri penemuan 

BBM :
Bentuk-bentuk 3D dan objek sebenar (kon ais krim, bateri, bola, kotak hadiah, bungkusan nasi lemak)

Langkah 3
(15 minit)

Bentangan bentuk
(Mencantum bentangan untuk menghasilkan bentuk)


1.   Murid dibahagikan kepada 6 kumpulan kecil.
2.   Setiap kumpulan akan diberi satu bentangan yang berlainan yang mewakili setiap bentuk.
3.   Murid akan mencantumkan bentangan bentuk itu secara berkumpulan dan menamakan bentuk yang terhasil.
4.   Wakil setiap kumpulan akan menunjukkan bentuk yang terhasil dan menyatakan nama bentuk itu dengan sebutan dan ejaan yang betul.


Strategi / Teknik :
Kerja kumpulan  

BBM :
Bentangan setiap bentuk

Langkah 4
(10 minit)

Aktiviti Individu – Suai padan objek dengan bentuk yang betul dan menamakan bentuk.


1.   Setiap murid diberi lembaran kerja yang terdiri daripada gambar objek-objek sebenar.
2.   Murid diminta untuk menyuai padan gambar objek dengan kumpulan bentuk yang betul.
3.   Murid menamakan setiap bentuk itu.


Strategi / Teknik :
Membuat latihan

BBM :
Lembaran kerja

Penutup
(5 minit)


Rumusan

1.   Guru mengimbas semula maksud 3D dan nama-nama setiap bentuk 3D.
2.   Murid menamakan semula setiap bentuk 3D dengan sebutan dan ejaan yang betul.


Strategi / Teknik :
Perbincangan

BBM :
Bentuk-bentuk 3D


No comments:

Post a Comment