Search This Blog

Sunday, 18 December 2011

Assalamualaikum

Ilmu utk dikongsi bersama : citer tentang sunnah Rasulullah s.a.w. Antaranya tentang bab memberi salam. Baginda memberi salam dgn lafaz "assalamualaikum" dan menjawab salam dari para sahabat dgn salam yg penuh "waalaikumussalam warahmatulallah hi wabarakatuh"
Beri salam - assalamualaikum"
Jawab salam - "waalaikumussalam warahmatulallah hiwabarakatuh"

Apabila kira berkirim salam pada org lain, hendaklah kita berkata "Kirim salam assalamualaikum pada HJ ZUL ye" contoh lerr.. Bukannya : "Kirim salam kat HJ ZUL ye" . Dan bukannya " Kirim salam maut" statement ini adalah berdosa, walaupun sekadar gurauan!Ingat kawanku..

Semoga ada manfaat.
"Akum = Avde Kokhavim U Mazzalot"
Maksud singkatan " A'kum"Assalamu' alaikum
Untuk renungan bersama : Janganlah kita menggantikan perkataan "Assalamualaikum" dengan "A'kum" dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan. Jika perkataan Assalamualaikum itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan "Salam" iaitu sama makna dengan Assalamualaikum.
Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform A'kum dalam sms ataupun email. Perkataan 'AKUM' adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud 'BINATANG' dalam Bahasa Ibrani.
Ia singkatan daripada perkataan 'AvdeKokhavim U Mazzalot' yang bermaksud 'HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT'. Mulai sekarang jika ada orang hantar shortform "A'kum", kita ingatkan dia guna "Salam" kerana salam ialah dari perkataan Assalamualaikum. Semoga ada manfaatnya.

JIKA ANDA TIDAK KEBERATAN ,FORWARD LAH CERITA KEPADA TEMAN TEMAN MU, KERANA SESUNGGUHNYA ILMU YANG BERMANFAAT ITU , AKAN ABADI JIKA DIAMALKAN

Tuesday, 13 December 2011

MARI MENGENAL BENTUK 3 DIMENSI

   Assalamualaikum dan salam sejahtera....
Artikel di bawah bukanlah saya yang menulisnya....saya cuma menyambung niat dihati penulis.menyebarkan dakwah di bumi Allah...Disaat saya memaparkan artikel ini, si penulis sebenarnya telah menemui Pencipta Yang Maha Esa...Al Fatihah buatnya...Semoga artikel ini memberi sedikit keinsafan kepada kita dan dapat memberi rahmat pada penulis...Penulis merupakan seorang guru.Semasa saya masih di sekolah menengah (1993-1995), penulis merupakan seorang guru sandaran....selepas tamat persekolahan saya terputus hubungan...akhir tahun 2010 saya mendapat berita kehilangan beliau..dan baru-baru ini saya sempat membaca sebuah seloka yang ditulis oleh beliau dalam blognya beberapa bulan sebelum pemergiannya buat anak-anaknya. Begitu menyayat hati.Seperti sudah mengetahui panggilan dari Nya.

TERKEJUT DARI TIDUR
BARU-BARU NI SAYA TERIMA EMAIL DARI SEORANG SAHABAT. BEGINI KISAH DALAM EMAIL TERSEBUT.
Saat sedang nyenyak dibuai mimpi di atas tilam yang begitu empuk, bilik yang dingin dan kelam tanpa cahaya, anda
terbangun tiba-tiba. Setelah mata terbuka, persekitaran diamati. Belum subuh lagi ni, hati bermonolog sendirian. Kemudian tangan mencapai telefon bimbit melihat jam sekadar mendapatkan satu kepastian. "Oh, baru pukul 3 pagi."

Dalam situasi di atas, apa yang akan anda lakukan? Di sini anda mempunyai beberapa pilihan. Tanya iman anda dan buatlah pilihan yang bijak.
PILIHAN 1

Kebanyakan kita akan menarik selimut semula dan menyambung episod kedua mimpi yang tergantung separuh jalan. Bukan itu sahaja, hati turut mengomel, "Apasal la aku bangun awal sangat." Terzahir sebuah kekesalan. Kesal bangun awal? Nauzubillah.
PILIHAN 2
"Oh baru pukul 3 pagi. Waktu macam ni doa makbul. Ya ALLAH, ampunkanlah dosaku dan dosa kedua ibu bapaku. Jadikan aku hamba yang mempunyai semangat juang yang tinggi, berjuang untuk kebahagiaan dunia dan akhirat." Kemudian sambung kembali 'ibadah senyap'.
PILIHAN 3
Sebaik menyedari dah pukul 3 pagi (bukan baru pukul 3 pagi), segera bangun untuk solat tahajud. Sembahlah ALLAH saat mata-mata lain terpejam rapat, rukuklah saat hati kita masih tenang, sujudlah saat minda masih kosong dari sebarang urusan dunia dan berdoalah saat doa didengari ALLAH.

Terjaga di awal pagi adalah satu rahmat yang merupakan kurniaan ALLAH. Siapa tahu saat ALLAH takdirkan kita terjaga, sebenarnya ALLAH menunggu untuk memakbulkan sebarang permintaan malam tersebut. Mulalah dari langkah pertama, berdoa sebaik terjaga. Malah mintalah dari ALLAH untuk bangkitkan kita malam-malam seterusnya. Itulah caranya mengucapkan terima kasih kerana terjaga saat sedang tidur, bukan mengomel penuh kekesalan. Tetapi alangkah baiknya andai tahajud dapat ditunaikan.

Thursday, 8 December 2011

Basic Operation - Mathematics Year 1

Salam sejahtera,
Di dalam laman web ini terdapat soalan latihan matematik Tahun 1. Amat menarik kerana terdapat animasi yang berwarna warni. Ianya sesuai untuk kanak-kanak. Cuba sekali!
http://www.proprofs.com/quiz-school/story.php?title=latihan-1_10

Laman Portal Rasmi Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) - Halaman Rasmi

Laman Portal Rasmi Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) - Halaman Rasmi

BANK SOALAN

ASSLAMUALAIKUM DAN SALAM 1 MALAYSIA....

Mari kita cuba melayari laman web ini. Mungkin ianya dapat membantu kita membuat soalan atau sebagai bahan rujukan.

http://banksoalan.pkg-petaling.net/2009/11/latihan-soalan-matematik/

Jom Cuba

Salam sejahtera kepada semua....
Hari ini saya sibuk mencari bahan untuk dimuatkan dalam blog ini.Laman ini adalah dipetik dari laman web www.aplusmath.com yang mana di dalamnya terkandung latihan-latihan matematik. Melalui laman web ini pengunjung boleh membuat latihan sama ada dalam talian (online) ataupun luar talian iaitu dengan mencetak latihan yang diberi. Ia berguna untuk guru dan juga murid-murid.

Oleh yang demikian, gunakanlah layari laman web ini untuk menguji kemahiran anda dan juga sebagai latihan. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada http://sks7bangi.blogspot.com/2007/03/dapatkan-latihan-matematik-anda-di-sini.html atas perkongsian ilmu ini.Jadi cuba-cubalah melayarilaman web di bawah.
http://www.aplusmath.com/Worksheets/DecimalSubtraction.html