Search This Blog

Tuesday 15 November 2011

RAPTAI HARI KECEMERLANGAN...

Salam sejahtera...
Hari ini merupakan hari yang sangat sibuk di sekolah...Saya dan rakan-rakan di sekolah bertungkus-lumus menyelesaikan urusan penyediaan hadiah bagi sambutan Majlis Anugerah Kecemerlangan Sekolah Kebangsaan Kampung Idaman 2011...

Alhamdulillah...,syukur ke hadrat Allah s.w.t., semuanya berjalan dengan lancar seperti yang dirancang. Terima kasih kepada semua rakan ahli jawatankuasa hadiah kerana tidak lokek memberi sumbangan tenaga dan meluangkan masa. Tanpa kerjasama dari kalian, pastinya tugas ini tidak dapat diselesaikan dengan jayanya....

Esok adalah hari yang dinanti-nantikan oleh semua murid SK Kg Idaman yang telah berusaha bersungguh-sungguh di dalam pelajaran. Tahniah kepada yang berjaya dan kepada yang tidak berjaya,tingkatkan usaha pada tahun hadapan.

Semoga majlis akan berjalan lancar seperti yang dirancang. Sekian sahaja samapai di sini. Jumpa lagi.

first time login

Hi......